English | Bahasa Melayu

Tentang e2L

Pengenalan

Syarikat Educate to Learn Sdn Bhd (e2L) yang telah diperbadankan pada tahun 2004 mempunyai objektif tersendiri untuk menjadi sebuah pusat setempat dalam usaha kami menawarkan perkhidmatan latihan berkualiti dan komprehensif kepada pengasuh dan pendidik dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Sebagai syarikat induk dan peneraju kepada tiga anak syarikat di bawahnya iaitu Total Genius Sdn Bhd, Intellect Enhance Sdn Bhd dan Early Years Development Sdn Bhd; e2L telah melatih lebih dari 7,000 pengasuh, pendidik, pengasuh termasuk ibu bapa yang berminat meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Kumpulan Syarikat e2L turut memberi perkhidmatan membekal bahan dan alat bantu mengajar bagi mereka yang berminat untuk membuka TASKA/TADIKA.

Kekuatan kami

Kekuatan kami terletak kepada perkara-perkara seperti berikut:
  1. Penasihat kepada Ahli Lembaga Pengarah kami terdiri daripada pakar akademik dan pembuat dasar yang berpengalaman.
  2. Ahli Lembaga Pengarah dan Akademik kami merupakan pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang sudi berkongsi segala pengalaman mereka.
  3. Kami hanya memfokuskan bidang pendidikan awal kanak-kanak.
  4. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan untuk semua golongan.
  5. Memiliki staf yang berpengalaman dan boleh mengenal pasti serta membantu kehendak pelanggan.

Falsafah

e2L percaya kepada dua (2) elemen berikut

  • Persekitaran pembelajaran kanak-kanak yang kondusif dapat menyokong perkembangan menyeluruh dan pembentukan diri kanak-kanak dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani.
  • Alat bantu mengajar yang bersesuaian mampu menggalakkan kanak-kanak berinteraksi, berimaginasi, berdaya cipta, berinovasi dan memupuk sifat ingin tahu dalam diri mereka sendiri serta mampu berkomunikasi dengan dunia di sekeliling mereka.

Konsep