English | Bahasa Melayu

Testimoni

Kumpul & Menang

Testimoni Pemenang Peraduan Kumpul & Menang e2L bersama Pa&Ma:

  • "Set permainan i-play ini sangat-sangat membantu pergerakan dan keseimbangan dalam membentuk minda anak-anak saya. Mereka mampu bermain sambil berfikir bagaimana untuk mengatasi sebarang masalah atau pun halangan." Pn Narizan Saleh

  • "Permainan tersebut dapat merangsang minda anak selain dapat belajar melalui bermain meningkatkan kecemerlangan minda anak yang mana anak saya lebih cepat belajar dan membantu tahap perkembangan minda." Pn Noor Hasliza

Kursus Kemasyarakatan

Testimoni Peserta Kursus Peningkatan Keilmuan dan Kemasyarakatan Ibu Tunggal dan Pengusaha TASKA:

  • "Kanak-kanak lebih ceria dan berfikiran positif apabila dapat berkongsi pengalaman baru dan interaktif antara kanak-kanak bertambah baik." Azman Jusoh

  • "Barang-barang mainan semuanya bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak di Taska saya kini sudah banyak hasilnya tahap perkembangan mereka mengikut dan sikap ingin mencuba dan kreatif menghasilkan barangan tersebut dengan pelbagai kegunaan. Ibubapa pun memuji tentang peningkatan kanak-kanak mereka." Rozidah Haji

  • "Program tersebut telah melahirkan pengusaha-pengusaha yang boleh merancang aktiviti dan melakukan dengan cara yang betul dan teratur." Persatuan TASKA Perak

  • "These courses has been a turning point in my life." Anna Mary a/p Simon

  • "Najwa pula semakin berkeyakinan dalam menguruskan taska." Najwa Abd Rashid

  • "Di dalam kursus ini, saya dapat menambahkan banyak pengetahuan dan idea baru untuk menjalankan aktiviti. Aktiviti-aktiviti yang diberikan oleh jurulatih semuanya seronok dan berguna." Mok Kam Wei

  • "Ilmu dan pengalaman daripada tenaga pengajar yang luas membuka minda saya yang selama agak cetek dalam bidang pendidikan anak-anak di taska." Helena Robitah Shatie

i-play

Testimoni Perpustakaan Permainan i-play

  • "Perpustakaan Permainan kami sentiasa menjalankan program-program atau aktiviti-aktiviti kepada kanak-kanak sekitar kawasan kami dengan sokongan pihak i-play Toy daripada segi idea dan peruntukan." Perpustakaan Permaian i-play @ Kuala Perlis

  • "Perpustakaan Permainan i-play mampu meningkat perkembangan minda kanak-kanak dan memberi kemahiran kepada kanak-kanak." Perpustakaan Permainan i-play @ Seberang Jaya

  • "Konsep permainan yang diterapkan dalam diri kanak-kanak dapat memperkembangkan minda dan meningkat ilmu pengetahuan, dengan adanya barang-barang permainan seperti yang terdapat dalam kotak i-play." Perpustakaan Permainan i-play @ Georgetown

  • "Useful for children with diasability such as autism, slow learners" Perpustakaan Permainan i-play @ Kamakshi

  • "Kanak-kanak dari keluarga yang kurang berada juga turut merasai kesoronokan bermain alat permainan melalui bahan-bahan yang dibekalkan oleh pihak e2L." Perpustakaan Permainan i-play @ SJK(T) Teluk Merbau

  • "Menguatkan daya ingatan kanak-kanak kerana pembelajaran melalui gambar dan objek-objek yang tersedia." Perpustakaan Permaian i-play @ Tadika Tengku Anis

  • "Barang-barang permainan yang terdapat di dalam Perpustakaan Permainan i-play @ Simpang Empat dapat memberi pengajaran, pendidikan dan pengalaman baru kepada kana-kanak dalam proses pembelajaran mereka." Perpustakaan Permainan i-play @ Simpang Empat

  • "Barang permainan yang dibekalkan lain daripada barang permainan yang sedia ada. Oleh itu, kanak-kanak begitu teruja apabila bermain setiap permainan yang ada." Pusat Pembelajaran i-play @ TASKA Hadhari

PAKK

Testimoni Pusat Pembelajaran i-play @ Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK)

  • "Perkembangan kanak-kanak lebih positif dan menarik lebih ramai lagi ahli-ahli dan bukan ahli untuk datang ke PAKK" - PAKK Banting

  • "Bertambahnya keahlian setiap bulan walaupun dengan satu pendaftaran ahli." - PAKK Bukit Siput

  • "Pusat Pembelajaran menarik minat kanak-kanak dan remaja datang ke PAKK" - PAKK Gadek

  • "Ia menunjukkan peningkatan dalam pelajaran dan kehadiran kanak-kanak semakin ramai" - PAKK Rembau

  • "Mengasah minda kanak-kanak dan menarik minat mereka untuk hadir ke PAKK" - PAKK Bentong

  • "Dapat membantu kemahiran dari segi pemikiran dan pengetahuan dari pelbagai aspek." - PAKK Chendering

  • "Kanak-kanak yang berusia 0-8 tahun semakin berminat untuk datang ke PAKK dan bermain dengan peralatan mainan yang disediakan." - PAKK Chawas

  • "Kewujudan Pusat Pembelajaran ini amat berkesan kerana kanak-kank dapat belajar dan bersosialisasi dengan rakan-rakan melalui permainan." - PAKK Taman Selasih
  • "Kanak-kanak telah mempelajari seriasi di usia awal 2 tahun, sudah boleh bermain dan berkongsi permainan." - PAKK Taman Tun Dr Awang

  • "Pusat Pembelajaran dapat menarik ramai kanak-kanak untuk mendaftar di PAKK serta kanak-kanak dapat melakukan pelbagai aktiviti dengan menggunakan peralatan Toy Perpustakaan" - PAKK Pauh

  • "Kanak-kanak dapat mengisi masa terluang dengan bermain barang-barang yang mampu mengembangkan idea mereka dan mewujudkan suasana lebih ceria di kalangan kanak-kanak." - PAKK Manjung